Jabra BT8010 Headphones User Manual


 
114
RELEASE YOUR JABRA
GB
MA
CN
JA
KO
TH
CN
115
Jabra BT8010 Bluetooth headset
GB
MA
CN
JA
KO
TH
CN
9. Menggunakan set kepala Jabra BT8010
untuk panggilan telefon
Operasi untuk ciri-ciri panggilan asas adalah sangat serupa dengan telefon
bimbit anda.
1. Untuk menjawab panggilan
• Anda menjawab panggilan terus pada set kepala dengan mengetik
butang Jawab/Tamat. Satu ketik mudah pada butang Jawab/Tamat
pada set kepala akan mendapatkan dan memindahkan panggilan ke
set kepala.
2. Untuk menamatkan atau menakan panggilan
• Satu ketik pada butang Jawab/Tamat membatalkan panggilan semasa
• Anda juga boleh menakan panggilan masuk terus dari set kepala.
Tekan butang Jawab/Tamat dan panggilan akan dinakan. Bergantung
pada tetapan telefon anda, orang yang memanggil anda sama ada akan
dialihkan ke mel suara anda atau mendengar isyarat sibuk.
3. Untuk membuat panggilan
• Jika anda membuat panggilan dari telefon bimbit anda, panggilan
tersebut akan (tertakluk kepada tetapan telefon) dipindahkan secara
automatik ke set kepala anda. Jika telefon anda tidak menyokong fungsi
ini, ketik butang jawab/tamat pada BT8010 untuk menerima panggilan
pada set kepala
• Pendailan suara akan diaktifkan dengan satu ketik pada butang
Jawab/Tamat. Untuk maklumat lanjut tentang ciri ini, sila rujuk kepada
panduan pengguna telefon anda. Anda akan mendapat keputusan
terbaik jika anda merekod tag pendailan suara melalui set kepala anda.
• Aktifkan pendailan nombor terakhir dengan menekan butang Jawab/
Tamat pada set kepala anda.
4. Panggilan menunggu dan menunda panggilan
• Tekan butang Jawab/Tamat sekali untuk menunda panggilan semasa
dan menjawab panggilan yang menunggu.
• Ketik butang Jawab/Tamat untuk menamatkan perbualan semasa.
• Tukar antara dua panggilan dengan menekan butang Jawab/Tamat.
10. Menggunakan set kepala Jabra BT8010
untuk muzik stereo
Sebelum memainkan muzik, sila aktifkan unit stereo untuk pengalaman
stereo sepenuhnya. Sila rujuk ke bahagian “5 Memakai Jabra BT8010
anda” untuk maklumat tentang cara memakai set kepala.
Sila pastikan bahawa set kepala berada dalam mod muzik (ikon mod muzik
tertanda pada paparan).
1. Main / Henti Seketika
• Ketik butang Jawab/Tamat.
2. Langkau lagu ke depan
• Ketik dua kali butang Jawab/Tamat
3. Hentikan muzik
• Tekan butang Jawab/Tamat
11. Fungsi canggih Jabra BT8010
Anda boleh memilih antara “Senarai Panggilan”, “Buku Telefon” dan “Tetapan”
dalam menu. Sila ambil perhatian bahawa sesetengah ciri-ciri mungkin tidak
berfungsi kerana sesetengah telefon tidak menyokong semua percirian.
Untuk mengakses dan bergerak dalam menu:
Jika paparan terkunci, sila tekan dan tahan butang menu.
Ketik butang menu untuk memasuki menu
Gunakan roda putar untuk skrol ke atas dan ke bawah menu
Ketik butang Jawab/Tamat untuk memilih item
Ketik butang menu untuk kembali ke dalam menu
1. Senarai panggilan
Item ini mengakses 15 panggilan masuk terkini, untuk panggilan semula
terus dari set kepala dengan mudahnya.
Akses menu dan pilih “Call list (Senarai panggilan)”
Pilih antara “List (Senarai)” dan “Reset list (Set semula senarai)”
Dengan memilih “List (Senarai)”, anda akan melihat senarai panggilan
masuk terkini
Pergi ke nombor yang diingini
Ketik butang Jawab/Tamat untuk memanggil nombor terpilih
Pilih “Set semula senarai” untuk mengosongkan senarai panggilan