Jabra BT8010 Headphones User Manual


 
116
RELEASE YOUR JABRA
GB
MA
CN
JA
KO
TH
CN
117
Jabra BT8010 Bluetooth headset
GB
MA
CN
JA
KO
TH
CN
2. Buku Telefon
Item ini membolehkan anda untuk membuat panggilan dari buku telefon
set kepala (maksimum 30 masukan).
Akses menu dan pilih “Phonebook (Buku Telefon)”
Pergi ke nombor yang diingini
Ketik butang Jawab/Tamat untuk memanggil nombor terpilih
Nota: Buku telefon dicipta dan dikekalkan dengan menggunakan aplikasi PC
bagi BT8010 Control Center. Sila rujuk kepada bahagian “12. BT8010 Control
Center” untuk maklumat tambahan.
3. Tetapan
Akses menu dan pilih “Settings (Tetapan)” untuk mengubahsuai tetapan
berikut:
Pemberitahuan gegaran (vibrate): Pilih antara “Hidup” dan “Tutup”.
Paparan: Mengawal paparan “Kecerahan” dan “ID Pemanggil”.
Kecerahan boleh ditetapkan kepada paras yang berbeza. Sila sedia maklum
bahawa tahap kecerahan boleh mempengaruhi prestasi bateri.
ID Pemanggil boleh ditetapkan kepada “Hidup” atau “Mengikut keperluan
(On Demand)” (tetapan lalai).
Pemakaian: Boleh ditetapkan kepada “Sebelah kanan” (tetapan lalai) atau
“Sebelah kiri”.
Jika ditetapkan pada “Sebelah kiri”, paparan, saluran stereo dan kawalan
volum akan tersongsang. Ini akan mengoptimumkan unit mono untuk
pemakaian sebelah kiri.
Bahasa: Pilih bahasa anda.
BT8010 sedia ada dengan teks paparan English (tetapan lalai) dan juga
ruang untuk bahasa pilihan sendiri. Bahasa pilihan adalah tidak aktif
sehingga dimuat turun*.
Equalizer: Pilih antara “Neutral” (tetapan lalai), “Rock”, “Pop”, “Jazz”, “Klasikal”
dan “Pilihan sendiri”. Tetapan “Pilihan sendiri” adalah tidak aktif sehingga
dimuat turun*.
Peranti yang berpasangan: Pilih “Singkir semua” untuk menyingkirkan
semua peranti yang berpasangan.
Set semula kilang: Pilih item ini untuk kembali kepada tetapan kilang.
AMARAN: Pilihan item ini akan menyingkirkan semua peranti
berpasangan, senarai panggilan, buku telefon, tetapan equalizer dan
bahasa persendirian.
Perihal: Pilih item ini untuk menyemak versi perisian set kepala semasa.
* Tetapan bahasa dan equaliser persendirian dengan mudahnya disimpan,
dikemas kini atau dihapuskan dengan menggunakan aplikasi PC bagi BT8010
Control Center. Sila semak http://www.jabra.com/BT8010 untuk maklumat
dan ketersediaan.
12. BT8010 Control Center
Dengan menggunakan aplikasi PC BT8010 Control Center, anda boleh
mengubahsuaikan BT8010 anda dalam beberapa cara.
Pada ketika penulisan panduan pengguna ini, fungsi-fungsi berikut
dirancangkan untuk pelancaran pertama:
Buku Telefon – Cipta dan susun atur buku telefon set kepala
Bahasa – Muat turun bahasa pilihan sendiri ke set kepala
Naik taraf set kepala – Kemas kini set kepala dengan perisian terkini
daripada Jabra
Kami merancang untuk memperkenalkan tetapan equalizer persendirian
dan lebih lagi pada peringkat selanjutnya.
Sila kunjungi http://www.jabra.com/BT8010 untuk memuat turun aplikasi.
Senarai fungsi-fungs terkini, arahan pemasangan dan panduan pengguna
terperinci juga sedia ada pada laman web. Sila sedia maklum bahawa anda
mesti mendaftarkan BT8010 anda dengan Jabra sebelum memuat turun
aplikasi PC.
13.
Penyelesaian masalah & Soalan lazim (FAQ)
Saya terdengar bunyi letusan
Bluetooth adalah teknologi radio, bermakna ia sensitif terhadap objek di
antara set kepala dan peranti yang bersambungan. Ia direka bentuk untuk
penggunaan set kepala dan peranti yang bersambung dalam jarak 10 meter
(33 kaki) di antara satu sama lain, apabila tiada objek besar dalam laluan
(dinding dan lain-lain).
Saya tidak dapat mendengar apa-apa dalam set kepala
Tambah volum pada set kepala. Pastikan bahawa set kepala berpasangan
dengan peranti yang sedang bermain. Pastikan telefon anda bersambungan
dengan set kepala dengan menyemak menu telefon atau mengetik butang
Jawab/Tamat.
Saya mengalami masalah berpasangan
Anda mungkin telah memadam sambungan berpasangan dalam telefon
bimbit anda. Ikuti arahan berpasangan dalam bahagian 3.