Jabra BT8010 Headphones User Manual


 
112
RELEASE YOUR JABRA
GB
MA
CN
JA
KO
TH
CN
113
Jabra BT8010 Bluetooth headset
GB
MA
CN
JA
KO
TH
CN
6. Mod Telefon dan Muzik
Jabra BT8010 bermula (dihidupkan dalam) mod Telefon:
Mod Telefon – Dalam mod ini, set kepala berfungsi sebagai set kepala
mono biasa dan mengawal fungsi-fungsi panggilan seperti volum,
pendailan nombor terakhir dan sebagainya.
Mod Muzik – Dalam mod ini, set kepala berfungsi sebagai kawalan
jarak jauh untuk pemain muzik dan fungsi-fungsi kawalan seperti Main,
Henti Seketika, Langkau Lagu ke Depan dan sebagainya.
Untuk tukar antara mod Telefon dan Muzik, sila ketik butang mod. Jika anda
sedang memakai set kepala, anda akan menerima pemberitahuan audio
bahawa mod telah ditukar.
Nota: Jika anda memulakan sesi muzik dari pemain muzik, set kepala secara
automatik akan bertukar ke mod Muzik.
Nota: Jika anda menerima panggilan dalam mod Muzik, set kepala secara
automatik akan bertukar ke mod Telefon. Apabila anda menamatkan panggilan,
set kepala akan kembali ke mod Muzik. Bergantung kepada peranti muzik, muzik
akan bersambung secara automatik.
7. Bekerja dengan dua peranti yang
disambungkan
Jabra BT8010 anda membolehkan anda untuk bersambung dengan dua
peranti untuk ciri-ciri telefon dan muzik. Sila ambil perhatian bahawa BT8010
akan mempunyai hak yang berbeza untuk mengawal dua peranti ini.
Peranti utama Peranti sekunder
Ciri-ciri telefon • Jawab panggilan • Jawab panggilan
• Henti panggilan • Henti panggilan
• Menakan panggilan* • Menakan panggilan*
• Pendailan suara* • Panggilan menunggu*
• Pendailan nombor terakhir* • Menunda panggilan*
• Panggilan menunggu* • Kawalan volum
• Menunda panggilan*
• Kawalan volum
Ciri-ciri muzik • Main/Henti Seketika Muzik* • Set kepala secara
• Henti musik* automatik memainkan
• Langkau lagu ke depan* muzik jika dimulakan
• Kawalan volum dari peranti sekunder
• Kawalan volum
* Pergantungan telefon / peranti
Nota: Peranti yang terakhir dipasang secara automatik ditetapkan sebagai
peranti utama anda. Jika anda ingin mengubah peranti sekunder anda kepada
peranti utama, sila tekan dan tahan butang mod. Anda akan menerima
pemberitahuan audio yang menandakan bahawa peranti utama telah bertukar.
Nota: Peranti utama dan sekunder akan disenaraikan dalam paparan
BT8010,dengan peranti utama disenaraikan di atas.
8. Penggunaan asas set kepala Jabra BT8010
1. Mengunci set kepala
• Tekan dan tahan butang menu untuk mengunci / membuka kawalan
set kepala.
2. Paparan Ketika Terpasang (Bangun)
• Ketik butang menu (jika terkunci, sila buka atau nyahkunci set kepala
terlebih dahulu).
3. Tunjukkan ID pemanggil
Untuk melindungi keperibadian anda, ID Pemanggil ditetapkan pada
“Mengikut keperluan (On Demand)” secara lalai. Dalam mod ini, ID
Pemanggil tidak akan tertunjuk kecuali jika anda memerlukannya apabila
terdapat panggilan masuk.
• Semasa panggilan sedang masuk, ketik butang menu
Nota: Jika anda ingin mengaktifkan ID Pemanggil untuk semua panggilan
yang masuk, anda boleh berbuat demikian dengan mengakses menu, pilih
Settings – Display –Caller ID – On (Tetapan - Paparan - ID Pemanggil – Hidup).
4. Kawalan volum
• Set kepala Jabra BT8010 anda mencirikan kawalan volum automatik
yang menyesuaikan volum bergantung pada tahap kebisingan di
sekitar anda. Untuk penyesuaian manual, pusingkan roda putar
mengikut arah jam untuk menaikkan volum atau mengikut arah lawan
jam untuk menurunkan volum (pemakaian sebelah kanan).
Nota: Jika set kepala ditetapkan untuk pemakaian sebelah kiri, kawalan volum
adalah tersongsang (yakni volum dinaikkan dengan gerakan melawan arah
jam).