110
RELEASE YOUR JABRA
GB
MA
CN
JA
KO
TH
CN
111
Jabra BT8010 Bluetooth headset
GB
MA
CN
JA
KO
TH
CN
2.
Set telefon bimbit anda atau peranti lain untuk ‘mencari’ Jabra BT8010
Ikuti panduan pengguna telefon anda. Biasanya, anda perlu pergi ke
menu “Setup,” “Connect” atau “Bluetooth” (Tetapan, Sambung atau
Bluetooth) pada telefon anda dan pilih opsyen untuk mencari atau
menambah peranti Bluetooth anda. (Lihat contoh daripada telefon
bimbit biasa dalam rajah 2)
3. Telefon anda akan menemui Jabra BT8010
Telefon atau peranti lain anda akan bertanya sama ada anda ingin
berpasangan dengannya. Terima dengan “Ya” atau ‘OK’ pada telefon dan
sahkan dengan kunci laluan atau PIN = 0000 (4 sifar). Telefon atau peranti
lain anda akan memberi pengesahan apabila proses berpasangan telah
selesai. Sekiranya pemasangan tidak berjaya, ulang langkah 1 hingga 3.
Sila ulangi proses semasa memasang peranti kedua anda.
Nota: Sila ambil tahu bahawa anda boleh memasang sehingga 2 peranti
dengan Jabra BT8010.
4. Memahami paparan
Selepas memasangkan Jabra BT8010 dengan telefon atau peranti lain,
paparan boleh kelihatan seperti berikut.
Garis ikon
Peranti utama
Peranti sekunder (tidak tertunjuk)
Garis ikon akan memaparkan ikon berlainan berdasarkan situasi semasa.
Dalam contoh di atas, peranti sedang disambungkan kepada ( ) peranti
utama bernama “SE K800i”. Status bateri ( ) sedang ditunjukkan.
Ikon-ikon yang mungkin:
Berpasangan dengan satu atau dua peranti
Sedang mengambil panggilan
Bermain muzik
Kawalan set kepala terkunci
Mod muzik (ditempatkan di sebelah kiri simbol penunjuk bateri)
Penunjuk bateri
5. Memakai Jabra BT8010 anda
Jabra BT8010 anda direkabentuk untuk dipakai dengan selesanya melalui
dua cara.
Dipakai sebagai set kepala mono:
Unit mono Jabra BT8010 sedia untuk dipakai pada telinga kanan anda. Jika
anda lebih suka memakainya pada sebelah kiri, putar 180° pada alat telinga
dengan perlahan-lahan. Lihat Rajah 3.
• Pegang unit mono dengan menggunakan ibu jari dan jari tengah
(jari hantu), tekan alat telinga ke arah luar dengan jari indeks untuk
menempatkannya pada telinga anda
• Gerakkan cangkuk telinga untuk mencari kedudukan paling selesa untuk
telinga anda
• Gerakkan sedikit set kepala untuk mencari kedudukan paling selesa pada
telinga anda
Untuk prestasi optimum, pakai unit mono Jabra BT8010 dan telefon
bimbit anda pada bahagian yang sama pada badan anda atau dalam
lingkungan baris penglihatan. Pada umumnya, anda akan mendapat
prestasi yang lebih baik apabila tiada terdapat halangan antara set
kepala dan telefon bimbit anda. Lihat Rajah 4.
Nota: Secara lalainya, unit mono dioptimumkan untuk pemakaian
sebelah kanan. Jika anda lebih suka pemakaian sebelah kiri, anda boleh
mengorientasikan paparan untuk pemakaian sebelah kiri dengan mengakses
menu pilih Settings – Wearing – Left side (Tetapan – Pemakaian – Sebelah kiri).
Jika diubah kepada pemakaian sebelah kiri, maka paparan, saluran stereo dan
kawalan volum adalah tersongsang.
Dipakai sebagai set kepala stereo:
Unit stereo Jabra BT8010 sedia untuk dipakai pada telinga kiri anda. Jika
anda lebih suka memakainya pada sebelah kanan, putar 180° pada alat
telinga dengan perlahan-lahan. Lihat Rajah 3.
Sambungkan unit stereo dengan memasukkan palam kabel pautan stereo
ke dalam penyambung pada unit mono. Tempatkan kabel pautan stereo
pada leher anda dan tetapkan dua bahagian set kepala pada telinga anda
seperti yang diterangkan di atas.