Iqua BHS-701 Headphones User Manual


 
88
untuk tempoh yang lebih daripada yang perlu kerana pengecasan berlebihan akan
memendekkan jangka hayat bateri.
Jika dibiarkan begitu sahaja, lama-kelamaan, sebuah bateri yang dicas sepenuhnya akan
ternyahcas sendiri.
Suhu yang ekstrem mungkin meninggalkan kesan ke atas keupayaan bateri untuk mengecas.
Cuba kekalkan peranti dalam suhu antara 15 °C dan 25 °C (59 °F dan 77 °F). Kapasiti dan
jangka hayat bateri akan berkurangan jika peranti ditinggalkan di tempat-tempat yang panas
atau sejuk, misalnya di dalam sebuah kereta tertutup sewaktu musim panas atau sejuk.
Peranti yang mempunyai bateri yang panas atau sejuk mungkin tidak akan berfungsi untuk
seketika meskipun bateri telah dicaskan sepenuhnya. Prestasi bateri terhad khususnya dalam
suhu-suhu di bawah paras beku. Jangan mengecas dalam persekitaran yang lembap.
Penjagaan dan Penyenggaraan
Jangan dedahkan peranti kepada cecair, kelengasan atau kelembapan kerana ia tidak
kalis air.
Jangan guna atau storkan peranti di kawasan yang berhabuk atau kotor. Bahagian yang
boleh digerakkan dan komponen elektriknya boleh mengalami kerosakan.
Jangan storkan peranti di kawasan-kawasan panas. Suhu yang tinggi boleh
memendekkan jangka hayat peranti elektronik, merosakkan bateri dan meledingkan atau
mencairkan plastik tertentu.
Jangan storkan peranti di kawasan-kawasan sejuk. Apabila peranti kembali kepada suhu
asalnya, kelengasan boleh terbentuk di bahagian dalam peranti tersebut dan merosakkan
papan-papan litar elektronik.
Jangan jatuhkan, ketuk, atau goncang peranti tersebut. Pengendalian secara kasar boleh
memecahkan papan-papan litar dalaman dan juga bahagian mekanikal yang halus.