Iqua BHS-701 Headphones User Manual


 
81
MS
Memasang BHS-701 dengan telefon bimbit anda
Pemasangan ialah proses pemautan BHS-701 dengan telefon bimbit anda yang terupaya
Bluetooth*. Setelah selesai proses ini, anda boleh menggunakan BHS-701 dengan telefon
bimbit yang dipasang. Jika anda hendak menggunakan BHS-701 dengan sebuah telefon
bimbit lain, anda mesti mengulangi proses pemasangan sekali lagi. Walaupun BHS-701 boleh
dipasangkan dengan sebanyak 8 buah telefon yang serasi, ia hanya boleh bersambung
dengan sebuah telefon pada satu masa. Apabila ia telah dipasangkan dengan 8 buah telefon,
peranti ke-9 yang dipasangkan akan menggantikan peranti pertama yang telah dipasangkan.
Penggunaan kali pertama
Apabila kuasa BHS-701 dihidupkan buat pertama kali, ia akan memasuki mod pemasangan
secara automatik (lampu biru dan merah akan memancar secara berselang-seli). Sila ikut
langkah 3-6 di bawah untuk memasang headset anda dengan telefon anda.
Penggunaan kali seterusnya
Setelah dihidupkan kuasa, BHS-701 akan bersambung semula secara automatik kepada
telefon terakhir yang telah disambungkan.
Jika sambungan gagal kerana telefon tidak dijumpai, headset akan memasuki mod
pemasangan secara automatik (lampu biru dan merah memancar secara berselang-seli). Sila
ikut langkah 3-6 di bawah. Jika headset tidak dipasangkan dengan mana-mana telefon dalam
masa 2 minit, ia akan pergi ke mod “dihidupkan tetapi tiada sambungan Bluetooth” (lampu biru
memancar secara berterusan). Anda boleh mematikan headset dan menghidupkan ia semula.
* Untuk maklumat keserasian terkini, sila kunjungi www.iqua.com.