87
MS
Ringkasan penunjuk lampu
Lampu-lampu LED BHS-701 berwarna biru atau merah dan lazimnya disertai suatu isyarat bunyi.
• Lampu biru memancar secara berterusan - kuasa dihidupkan tetapi tiada sambungan
Bluetooth.
• Lampu biru memancar setiap 3 saat - headset dalam mod bersedia (dipasangkan dan
bersambung).
• Lampu biru dan merah memancar secara berselang-seli - dalam mod pemasangan,
sedang menunggu pengguna menyempurnakan pemasangan dengan telefon bimbit.
• Lampu merah memancar setiap 3 saat - bateri lemah.
• Lampu merah menyala berterusan - sedang mengecas bateri.
Pengurusan Kuasa
Produk ini dikuasakan oleh bateri boleh cas semula yang terbina dalam yang tidak boleh
diganti. Jangan cuba menggantikan bateri. Bateri boleh dicas semula itu boleh tercas dan
ternyahcas beratus-ratus kali, tetapi lama-kelamaan ia akan haus. Selepas sesuatu tempoh
yang berbeza bergantung kepada cara dan keadaan penggunaan, anda mungkin mendapati
bahawa bateri terbina dalam itu hanya akan membekalkan kuasa untuk sejam dua dan
memerlukan anda mengecaskan ia dengan lebih kerap.
Caskan peranti anda hanya dengan pengecas yang dibekalkan di dalam pakej jualan. Cabut
pengecas apabila tidak digunakan. Jangan biarkan peranti bersambung dengan pengecas