Iqua BHS-701 Headphones User Manual


 
84
Mendail semula nombor terakhir yang didail
Tekan dan jangan lepaskan bebutang Pelbagai fungsi sehingga anda terdengar suatu bunyi.
Tekan dan jangan lepaskan bebutang Pelbagai fungsi sekali lagi sehingga anda terdengar
suatu bunyi untuk mendail nombor tersebut.
Pendailan suara (apabila disokong oleh telefon)
Untuk mengaktifkan ciri pendailan suara telefon anda, tekan bebutang Pelbagai fungsi
seketika. Apabila anda terdengar suatu bunyi, anda boleh menyebut tag suara. Rujuk panduan
pengguna telefon anda untuk butir-butir. Sesetengah model telefon tidak menyokong pendailan
suara.
Melaraskan kelantangan
Tekan bebutang Tingkatkan Kelantangan untuk meningkatkan kelantangan. Untuk
mengurangkan kelantangan, tekan bebutang Kurangkan Kelantangan.
Padam peranti berpasangan
BHS-701 boleh dipasangkan dengan sebanyak 8 buah peranti. Apabila ia telah dipasangkan
dengan 8 buah peranti, peranti ke-9 yang dipasangkan akan menggantikan peranti pertama
yang telah dipasangkan. Anda boleh juga memadam senarai peranti berpasangan headset
untuk memasangkan ia dengan peranti-peranti baru. Apabila headset dihidupkan, tekan
butang-butang Maju dan Undur untuk beberapa ketika sehingga anda terlihat lampu LED
ungu (headset telah memadam semua maklumat peranti berpasangan terdahulu).