80
Untuk Bermula
Mengecas bateri
Sebelum menggunakan BHS-701 untuk pertama kali, anda mesti mengecaskan ia selama
lebih kurang 3.5 jam. Apabila bateri sudah dicas sepenuhnya, ia akan menyediakan sehingga
12 jam masa berbual, 10 jam masa mendengar muzik dan sehingga 350 jam masa bersedia.
Sentiasa gunakan pengecas yang dibekalkan di dalam pakej jualan.
1. Sambungkan kabel pengecas kepada BHS-701.
2. Plagkan pengecas ke dalam soket dinding. Lampu merah akan menyala.
3. Apabila bateri telah dicas sepenuhnya, lampu merah akan terpadam secara automatik.
Mengidupkan dan mematikan
Untuk menghidupkan BHS-701
Apabila kuasa headset dimatikan, tekan dan jangan lepaskan bebutang Pelbagai fungsi
sehingga anda terdengar suatu bunyi dan lampu biru memancar.
Untuk mematikan BHS-701
Apabila kuasa headset dihidupkan, tekan dan jangan lepaskan bebutang Pelbagai fungsi
sehingga anda terdengar suatu bunyi dan lampu merah terpancar sekali dan kemudian
terpadam.