82
Memasang BHS-701 dengan telefon bimbit anda secara manual:
1. Apabila kuasa dimatikan, tekan dan jangan lepaskan bebutang Pelbagai fungsi sehingga
anda terdengar suatu bunyi dan lampu biru dan merah memancar secara berselang-seli.
2. Lepaskan bebutang itu. BHS-701 kini dalam mod pemasangan.
3. Semak panduan pengguna telefon anda untuk butir-butir tentang cara mencari dan
membuat pasangan.
4. Apabila telefon telah menjumpai headset, ia akan memaparkan Iqua BHS-701 pada skrinnya.
5. Untuk berpasangan dengan telefon, masukkan kod PIN bagi BHS-701, iaitu 0000.
6. Setelah berpasangan, BHS-701 akan bersambung secara automatik dengan telefon bimbit
anda. Setelah pemasangan dan sambungan berjaya dibuat, anda akan terdengar suatu bunyi
dan lampu biru akan memancar setiap 3 saat. Headset kini sedia untuk membuat dan
menerima panggilan.
Memutuskan sambungan BHS-701 dengan telefon anda
Untuk memutuskan sambungan BHS-701 dengan telefon, matikan sahaja headset.
Menyambungkan semula BHS-701 yang telah dipasangkan dengan telefon
Untuk menyambungkan semula BHS-701 dengan telefon terakhir yang telah digunakan,
hidupkan sahaja headset dan ia akan bersambung secara automatik dengan telefon. Jika
sambungan gagal kerana telefon tidak dijumpai, headset akan memasuki mod pemasangan
secara automatik (lampu biru dan merah memancar secara berselang-seli). Sila lihat arahan
pemasangan di dalam panduan pengguna ini.