Jabra BT650s Headphones User Manual


 
13
bahasa inggeris
JABRA HALO
- Jangan sekali-kali cuba membuka produk itu sendiri. Tiada
komponen yang dapat diganti atau dibaiki oleh pengguna.
Hanya peniaga sah atau pusat perkhidmatan boleh membuka
produk. Jika mana-mana bahagian produk anda memerlukan
penggantian atas sebarang sebab, termasuklah haus dan lusuh
akibat penggunaan atau pecah, hubungi wakil peniaga anda.
- Elakkan daripada mendedahkan produk anda kepada hujan,
lembapan atau cecair lain untuk melindungi produk daripada
kerosakan dan kecederaan kepada diri anda.
- Patuhilah semua papan tanda dan arahan yang memerlukan
peranti elektrik atau produk radio RF dimatikan dalam kawasan-
kawasan yang ditentukan seperti hospital atau kapal terbang.
Ingat: Sentiasa memandu dengan selamat, elakkan gangguan
dan patuhi undang-undang setempat!
Menggunakan set kepala semasa mengendalikan kenderaan
bermotor, motosikal, kenderaan air atau basikal mungkin
berbahaya, dan adalah salah di sisi undang-undang dalam
sesetengah bidang kuasa, seperti mana penggunaan set kepala
ini dengan kedua-dua belah telinga tertutup semasa memandu
adalah tidak dibenarkan dalam sesetengah bidang kuasa.
Semak undang-undang setempat anda. Berhati-hatilah ketika
menggunakan set kepala anda semasa menjalankan sebarang
aktiviti yang memerlukan perhatian anda sepenuhnya. Selain itu,
janganlah mengambil nota atau membaca dokumen.
penJagaan baTeri Terbina daLam:
- Peranti anda diberi kuasa oleh bateri yang boleh dicas semula.
- Prestasi sepenuhnya bagi bateri baru hanya akan tercapai
selepas dua atau tiga kitaran cas dan nyahcas yang lengkap.
- Bateri boleh dicas dan dinyahcas beratus-ratus kali, tetapi
ia akan beransur-ansur haus. Cas semula bateri anda hanya
dengan pengecas diluluskan yang disediakan dan khusus
untuk peranti ini.
- Tanggalkan pengecas daripada palam elektrik dan peranti
apabila tidak digunakan. Jangan biarkan bateri yang telah
dicas sepenuhnya bersambung kepada pengecas, kerana
pengecasan berlebihan boleh memendekkan hayat bateri.
- Jika tidak digunakan, bateri yang telah dicas sepenuhnya akan
hilang casnya dengan berlalunya masa.