Jabra BT650s Headphones User Manual


 
11
bahasa inggeris
JABRA HALO
- Pastikan pembesar suara telefon dihidupkan (lipatan dibuka)
- Tekan dan tahan butang jawab / tamat selama lebih daripada
5 saat sehingga kedua-dua ikon Paparan adalah Biru padu dan
Jingga padu
- Lakukan langkah biasa untuk menjadikan pembesar suara
telefon berpasangan dengan peranti Bluetooth.
Berhati-hati dengan masa siap sedia Jabra HALO yang boleh menjadi
lebih rendah semasa menjadikannya berpasangan dengan cara ini.
mahuKan Lebih banTuan?
1. Web:
http://www.jabra.com/support
(untuk mendapatkan maklumat sokongan terkini dan
Manual Pengguna dalam talian)
2. E-mail:
support.eu@jabra.com
Information: info@jabra.com
3. Telefon:
00800 722 52272
menJaga aLaT dengar anda
- Sentiasa simpan Jabra HALO dengan kuasanya dimatikan dan
dilindungi dengan selamat.
- Elakkan penyimpanan dalam suhu melampau (atas 45°C/113°F –
termasuk matahari terik – atau bawah -10°C/14°F). Ini boleh
memendekkan hayat bateri dan mungkin memberi kesan pada
operasinya. Suhu tinggi boleh mengurangkan prestasinya.
- Jangan dedahkan Jabra HALO kepada hujan atau cecair lain.
amaran!
TAHAP KELANTANGAN YANG BERLEBIHAN BOLEH
MENYEBABKAN KEROSAKAN PENDENGARAN YANG KEKAL.
GUNAKAN KELANTANGAN YANG SERENDAH MUNGKIN.
Set kepala mampu menyampaikan bunyi dengan kelantangan
yang kuat dan nada dengan pic yang tinggi, yang mana dalam
keadaan tertentu boleh mengakibatkan kerosakan hilang
pendengaran kekal. Elakkan penggunaan set kepala secara
berpanjangan pada tahap tekanan bunyi yang berlebihan.
Sila baca panduan keselamatan di bawah sebelum menggunakan
set kepala ini.