Jabra BT650s Headphones User Manual


 
4
bahasa inggeris
JABRA HALO
Peranti:
- Bateri boleh dicas semula dengan pilihan mengecas Mikro-
USB daripada bekalan kuasa AC, PC melalui kabel USB atau
pengecas kereta (tidak termasuk)
- Lampu LED berwarna untuk status Bluetooth dan penunjuk
bateri
- Saiz Dibuka Lipatan: T 165mm - 190mm x L 136mm x D 45mm
- Saiz Dilipat: T 78mm x L 132mm x D 45mm
- Berat: 80 gram
- Julat operasi sehingga 10 meter (kira-kira 33 kaki)
Sila ambil perhatian bahawa Jabra HALO anda boleh bertahan
dengan hujan pancur yang singkat tetapi ia tidak kalis air dan tidak
boleh ditenggelamkan. Jika peranti anda basah, ia harus dilap
dengan bersih daripada sebarang kesan air untuk melindunginya
daripada potensi kerosakan.
bermuLa
Ikuti tiga langkah ini sebelum menggunakan pembesar suara
telefon anda:
1. Cas pembesar suara telefon anda (kira-kira 2 jam)
2. Aktifkan Bluetooth pada telefon mudah alih anda (rujuk
manual untuk telefon mudah alih anda)
3. Jadikan pembesar suara telefon anda berpasangan dengan
telefon mudah alih anda
mengecas Jabra haLO anda
Pastikan Jabra HALO anda dicas sepenuhnya sebelum anda
mula menggunakannya untuk pertama kali. Semasa mengecas,
penunjuk bateri bertukar daripada warna merah kepada hijau,
apabila telah dicas sepenuhnya. Masa mengecas adalah kira-kira
2j. Anda boleh menggunakan Jabra HALO semasa mengecas
semula.
Sila ambil perhatian: Hayat bateri akan berkurangan secara
signikan jika peranti anda dibiarkan tidak bercas untuk tempoh
masa yang lama. Oleh sebab itu, Jabra mengesyorkan yang anda
mengecas semula peranti anda sekurang-kurangnya sekali sebulan.