Jabra BT650s Headphones User Manual


 
5
bahasa inggeris
JABRA HALO
menghidupKan dan memaTiKan Jabra haLO
anda
Membuka lipatan pembesar suara telefon akan menghidupkannya.
Melipat pembesar suara telefon akan mematikannya.
- Untuk melipat: Panjangkan pembesar suara telefon pada
engsel (3) dengan berhati-hati dan lipat. Kini, pembesar suara
telefon akan mudah dilipat menjadi saiz padat.
- Untuk membuka lipatan: Buka lipatan pembesar suara telefon
dengan berhati-hati dan kunci engsel pada tempatnya.
Pembesar suara telefon akan dimatikan secara automatik selepas
10 minit jika tidak disambungkan kepada peranti.
JadiKan Jabra haLO anda berpasangan
dengan TeLefOn aTau peranTi Lain
Pembesar suara telefon disambungkan kepada telefon atau
peranti Bluetooth lain menggunakan prosedur yang dipanggil
‘berpasangan’. Dengan mengikuti beberapa langkah mudah,
berpasangan boleh dilakukan dalam beberapa saat.
1. Letakkan pembesar suara telefon dalam mod berpasangan
1.a. Berpasangan untuk kali pertama
- Lipat dan buka lipatan pembesar suara telefon dan Jabra HALO
akan memasuki mod berpasangan secara automatik (lampu
penunjuk (5) adalah biru padu) dan mula menggelintar peranti.
1.b. Berpasangan kemudian
- Tekan dan tahan butang Jawab/Tamat (1) sehingga lampu
penunjuk (5) berwarna biru padu (kira-kira 4 saat).
2. Setkan Bluetooth telefon atau peranti anda untuk
menggelintar Jabra HALO
- Ikuti panduan arahan telefon anda. Pertama sekali, pastikan
Bluetooth tersebut diaktifkan pada telefon mudah alih anda.
Kemudian, setkan telefon anda untuk menggelintar pembesar
suara telefon. Ini selalunya melibatkan untuk pergi kepada
menu ‘persediaan’, ‘sambung’ atau ‘Bluetooth’ pada telefon
anda dan memilih pilihan untuk mencari atau ‘tambah’ peranti
Bluetooth.*
* Rujuk kepada manual
pengguna telefon