Jabra BT650s Headphones User Manual


 
12
bahasa inggeris
JABRA HALO
Anda boleh mengurangkan risiko kerosakan pendengaran
dengan mengikuti garis panduan keselamatan berikut.
1. Sebelum menggunakan produk ini, ikutilah langkah-
langkah ini
- Sebelum memakai set kepala, alihkan kawalan kelantangan ke
tahapnya yang paling rendah,
- Pakai set kepala, dan kemudian
- Secara perlahan-lahan laraskan kawalan kelantangan ke tahap
yang selesa.
2. Semasa menggunakan produk ini
- Kekalkan kelantangan pada tahap yang serendah mungkin,
dan elakkan penggunaan set kepala dalam persekitaran yang
bising di mana anda mungkin cenderung untuk meninggikan
kelantangan;
- Jika peningkatan kelantangan diperlukan, laraskan kawalan
kelantangan secara perlahan-lahan;
- Jika anda mengalami ketidakselesaan atau dengungan di
dalam telinga anda, segera hentikan penggunaan set kepala
dan mintalah nasihat doktor.
Dengan penggunaan berterusan pada kelantangan tinggi, telinga
anda mungkin menjadi biasa dengan tahap bunyi tersebut, yang
mungkin mengakibatkan kerosakan kekal kepada pendengaran
anda tanpa sebarang ketidakselesaan yang ketara.
maKLumaT KeseLamaTan!
- Penggunaan set kepala akan mengganggu keupayaan anda
untuk mendengar bunyi-bunyian lain. Berhati-hatilah ketika
menggunakan set kepala anda semasa menjalankan sebarang
aktiviti yang memerlukan perhatian anda sepenuhnya.
- Jika anda menggunakan perentak jantung atau mana-mana
peranti perubatan yang lain, anda haruslah meminta nasihat
doktor anda sebelum menggunakan peranti ini.
- Bungkusan ini mengandungi bahagian-bahagian kecil yang
mungkin berbahaya kepada kanak-kanak dan hendaklah dijauhi
daripada kanak-kanak. Beg itu sendiri atau bahagian-bahagian
kecil yang terkandung di dalamnya mungkin menyebabkan
tercekik jika ditelan.