Jabra S5010 Speaker System User Manual


 
38
39
9
Waranti
Waranti Satu (1) - Tahun Service and Warranty Information Limited Warranty GN Netcom A/S, menjadikan produk ini bebas daripada
kecacatan dalam bahan dan mutu kerja (tertakluk kepada terma yang dinyatakan di bawah_ selama suatu tempoh satu (10 tahun daripad
tarikh pembelian (“Tempoh Waranti”). Semasa Tempoh Waranti, GN akan membaiki atau menggantikan (mengikut budi bicara GN) produk
ini atau mana-mana bahagian rosak (“Servis Waranti”). Jika pembaikan atau penggantian tidak boleh dilakukan secara komersil atau tidak
boleh dijalankan tepat pada masanya, GN boleh memilih untuk membayar balik kepada anda harga pembelian yang telah dibayar untuk
produk yang terlibat. Pembaikan atau penggantian di bawah terma waranti ini tidak memberi hak atau apa-apa lanjutan atau permulaan
baru tempoh waranti tersebut.
Tuntutan di bawah Waranti untuk mendapatkan Servis Waranti, sila hubungi penjual GN tempat anda membeli produk ini atau lawati
www.gnnetcom.com atau www.jabra.com untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai sokongan pelanggan. Anda perlu mengemba-
likan Produk ini kepada penjual atau mengirimkannya kepada penjual atau GN (jika dinyatakan pada www.gnnetcom.com atau www.jabra.
com) dalam sama ada pembungkusan asalnya atau pembungkusan menurut perlindungan pada tahap yang sama. Anda akan menang-
gung kos pengiriman produk ke GN. Jika Produk diliputi oleh waranti, GN akan menanggung kos pengiriman produk kepada anda selepas
tamatnya servis di bawah waranti ini. Bayaran pengiriman balik akan dikenakan kepada anda untuk produk yang tidak diliputi oleh waranti
atau tidak memerlukan pembaikan waranti. Maklumat yang berikut mesti diberikan untuk mendapatkan Servis Waranti: (a) produk, dan
(b) bukti pembelian, yang jelas menyatakan nama dan alamat penjual, tarikh pembelian dan jenis produk, yang membuktikan bahawa
produk ini adalah dalam Tempoh Waranti. Sila sertakan juga (c) alamat kembali anda. (d) nombor telefon siang hari, dan (e) alasan bagi
pengembalian. Sebagai sebahagian daripada usaha GN/Jabra untuk mengurangkan sisa persekitaran, anda memahami bahawa produk
ini mungkin mengandungi peralatan yang telah dipulihkan yang mengandungi komponen telah terpakai, sesetengahnya telah diubah
semula. Komponen yang terpakai semua memenuhi piawai kualiti tinggi GN/Jabra dan mematuhi prestasi produk dan spesifikasi keboleh-
percayaan GN. Anda memahami bahawa bahagian atau komponen yang diganti akan menjadi harta GN.
Pembatasan Waranti.
Waranti ini hanya sah untuk pembeli asal dan akan tamat secara automatik sebelum tamat tempoh jika produk ini dijual atau sebaliknya
dipindahkan ke pihak yang lain. Waranti yang diberikan oleh GN dalam pernyataan ini digunakan hanya pada produk yang dibeli untuk
digunakan, dan bukan untuk dijual semula. Ia tidak digunakan untuk membuka pembelian kotak terbuka, yang telah dijual “sebagaimana
ada” dan tanpa sebarang waranti.
Secara khusus dikecualikan daripada sebarang waranti adalah komponen hayat terhad guna habis yang tertakluk kepada guna haus dan
lusuh, seperti pelindung mikrofon, kusyen telinga, kemasan dekoratif, bateri dan aksesori lain
Waranti ini tidak sah jika nombor siri, label kod tarikh, atau label produk yang diberi oleh kilang telah diubah atau dikeluarkan dari produk
ini.
Waranti ini tidak meliputi kerosakan kosmetik atau kerosakan yang berpunca daripada salah guna, penyalahgunaan, kecuaian, Tindakan
Semula Jadi, kemalangan, diceraikan atau pengubahsuaian, atau pada mana-mana bahagian produk ini. Waranti ini tidak meliputi kero-
sakan yang berpunca daripada pengendalian, penyelenggaraan atau pemasangan yang tidak wajar, atau percubaan untuk membaiki oleh
orang selain daripada GN atau penjual GN yang telah disahkan untuk menjalankan kerja waranti GN. Mana-mana pembaikan yang tidak
disahkan akan membatalkan waranti ini.
PEMBAIKAN ATAU PENGGANTIAN SEPERTI YANG DISEDIAKAN MENGIKUT WARANTI INI ADALAH PEMULIHAN EKSKLUSIF PENGGUNA. GN
TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEROSAKAN SAMPINGAN ATAU LANJUTAN ATAS PELANGGARAN MANA-MANA
WARANTI YANG NYATA ATAU TERSIRAT BAGI PRODUK INI. KECUALI SETAKAT YANG DILARANG OLEH UNDANG-UNDANG, WARANTI INI
ADALAH EKSKLUSIF DAN SEBAGAI GANTI SEMUA WARANTI YANG JELAS DAN TERSIRAT SEKALIPUN, TERMASUK TIDAK TERHAD KEPADA
WARANTI KEBOLEHJUALAN DAN SESUAI UNTUK TUJUAN PRAKTIS.
NOTA! Waranti ini memberi anda hak perundangan khusus. Anda boleh mempunyai hak lain yang berbeza-beza daripada lokasi ke lokasi.
Sesetengah bidang kuasa tidak membenarkan eksklusi atau pembatasan kerosakan sampingan atau lanjutan atau waranti tersirat, oleh
itu eksklusi mungkin tidak berkaitan kepada anda. Waranti ini tidak menjejaskan hak perundangan (berkanun) mengikut undang-undang
negara atau tempatan anda yang berkuat kuasa.