Jabra S5010 Speaker System User Manual


 
36
Malaysia
37
Malaysia
6
5
Cas telefon anda apabila bersambung dengan Jabra S 5010
Tanggalkan pintu getah di bahagian belakang pembesar suara. Tarik kabel pengecasan proprietari melalui bukaan dan sambung
kepada telefon anda
Nota: Kabel pengecasan proprietari tidak disertakan di dalam kotak
Sambung kepada PC anda
Sambung PC anda atau mana-mana sumber audio luaran yang lain melalui palam input tambahan di bahagian belakang
pembesar suara – pasangkan palam jek fon kepala (3.5 mm) ke dalam PC dan Jabra S 5010 anda.
Kawalan S 5010
Pembesar suara anda bersedia untuk melaksanakan tugas sebaik sahaja anda memasang palam dan anda telah menyambungkan
peranti muzik. Butang kuasa di bahagian tengah panel kawalan akan menyala “Merah” dalam mod “Tunggu Sedia/Mati” dan “Hijau”
dalam mod “Hidup”. Butang-butang di kedua-dua sisi butang kuasa ialah tambahkan dan kurangkan kelantangan.
Penyelesaian masalah & Soalan lazim (FAQ)
Tiada Kuasa (tiada cahaya dalam LED “Hidup/Mati”)
Pastikan bahawa penyambung bekalan kuasa Universal dipasangkan palamnya kepada bahagian belakang unit dan kord bekalan
kuasa disambungkan kepada soket dinding.
Kelantangan audio rendah atau tidak wujud
Pastikan bahawa kabel audio telah dipasangkan palamnya dengan betul. Periksa kelantangan peranti yang disambungkan (muzik,
telefon, pemain MP3 atau PC).
Bunyinya terdapat gangguan.
Pastikan bahawa tahap kelantangan pada sumber audio anda tidak diset terlalu tinggi
8
7
Perlukan bantuan lanjut?
Lihat kulit dalam untuk butiran sokongan.
Keselamatan
1. BACA arahan-arahan ini.
2. SIMPAN arahan-arahan ini.
3. AMBIL PERHATIAN semua amaran.
4. IKUTI semua arahan.
5. JANGAN gunakan alat ini berdekatan air.
6. BERSIHKAN dengan kain yang kering SAHAJA.
7. JANGAN halang mana-mana bukaan pengudaraan. Pasang selaras dengan arahan pengilang.
8. JANGAN pasang berdekatan mana-mana sumber haba seperti radiator, daftar haba, dapur, atau alat lain
(termasuk amplifier) yang menghasilkan haba.
9. LINDUNGI kord kuasa daripada dipijak atau tersepit, terutamanya di bahagian palam, reseptakel, dan tempat ia
keluar dari alat.
10. HANYA GUNAKAN alat tambahan/aksesori yang ditentukan oleh pengilang.
11. GUNAKAN hanya dengan troli, dirian, tripod, braket, atau meja yang ditentukan oleh pengilang, atau dijual
dengan alat. Apabila troli digunakan, berhati-hatilah ketika menggerakkan gabungan troli/alat untuk
mengelakkan kecederaan akibat alat yang jatuh terbalik.
12. BUKA PALAM alat ini semasa kilat, ribut atau ketika tidak digunakan bagi tempoh masa yang lama.
13. RUJUK semua kerja servis kepada kakitangan servis yang berkelayakan. Kerja servis diperlukan apabila alat
didapati rosak dalam apa cara jua sekalipun, seperti kord bekalan kuasa atau palam telah rosak, cecair tertumpah
ke atasnya atau objek lain terjatuh ke atas alat, alat terdedah kepada hujan atau lembapan.