Jabra S5010 Speaker System User Manual


 
34
Malaysia
35
Malaysia
3
2
1
Terima kasih
Terima kasih kerana membeli pembesar suara stereo Jabra S 5010. Kami berharap anda akan menikmatinya! Manual pengguna ini
akan membantu anda untuk bermula dan bersedia untuk memaksimumkan penggunaan pembesar suara anda.
Perihal Jabra S 5010 anda
Kandungan Jabra S 5010
1. Pembesar suara stereo - Depan
2. Pembesar suara stereo - Belakang
3. Palam input kuasa
4. Palam input 3.5 mm tambahan
5. Bekalan kuasa
Apa yang boleh dilakukan oleh pembesar suara anda
Jabra S 5010 membenarkan anda melakukan kesemua perkara ini:
Dengar muzik dari pemain MP3 anda
Dengar muzik dari telefon bimbit anda
Berfungsi sebagai pembesar suara luaran untuk PC anda
Letakkan pembesar suara dekat dengan dinding atau di suatu penjuru untuk meningkatkan kesan gandaan sempadan
akustik, meningkatkan bes dan menghayati pengalaman mendengar yangg hebat dengan pembesar suara Jabra S 5010
Spesifikasi
Ukuran: 110 x 330 x 170 mm
Berat: 1.7 kg
Respons frekuensi: 70 Hz hingga 20 kHz
Output akustik maksimum: 94 dB SPL pada 1m
Kuasa: Jumlah 30 watt: 15 watt x 2 saluran
Impedans input: Jek 20 kOhms 2.5mm Jek 16 kOhms 3.5mm
Frekuensi lintas: 4.6 kHz
Twiter: 2 X ¾”
Wufer: 2 X 2.5”
Amplifier: Kelas D
Bekalan kuasa: 100-240 V, 50-60 Hz
52
3
4
1
6
7
8
4
BERMULA
Sambung bekalan kuasa
Letakkan S 5010 di permukaan yang teguh dan stabil. Pasangkan palam kord kuasa yang bersambung kepada bekalan kuasa
ke bahagian belakang S 5010. Pasangkan palam kord kuasa yang berasingan ke bekalan kuasa dan kemudian ke soket dinding
standard.
Sambungkan telefon muzik atau mana-mana peranti audio lain
A) Secara perlahan-lahan, tarik keluar pintu getah
B) Masukkan kabel penyambung ke dalam sama ada jek 2.5 mm atau input usb mini C) Letakkan semula palam pintu getah
seperti mana yang bersesuaian.
Gunakan lubang di bawah pintu
getah untuk menyimpan kabel
yang berlebihan
D) Letakkan telefon muzik anda atau peranti audio lain ke dalam penatang dan sambung melalui jek fon kepala
Nota:
Jika anda tidak memiliki palam input jek fon kepala (sama ada 2.5 mm, 3.5 mm atau usb mini) pada telefon anda, anda perlu menggunakan penyesuai.
Penyesuai sedemikian adalah sama ada dibekalkan bersama telefon anda atau boleh didapati di kedai. Rujuk manual telefon anda untuk panduan.
Kabel penyambung
6. Palam jek fon kepala USB mini yang
dipertingkatkan
7. Palam jek fon kepala 2.5 mm
8. Palam jek fon kepala 3.5 mm
9. Kabel PC
SOUND DESIGN BY Klipsch®
9