Philips LX8320SA Home Theater System User Manual


 
168
3139 115 23251
Bahasa Melayu
Analog: Bunyi yang belum ditukarkan kepada
nombor.Ada pelbagai bunyi analog, sementara bunyi
digital mempunyai nilai angka yang khusus. Bicu-bicu
ini menghantar audio melalui dua saluran, yang kiri dan
kanan.
Nisbah aspek: Nisbah saiz menegak dan mendatar
imej yang dipaparkan. Nisbah mendatar berbanding
menegak TV konvensional ialah 4:3, dan untuk skrin
luas ialah 16:9.
Bicu AUDIO OUT: Bicu merah dan putih di
belakang Sistem DVD yang menghantar audio ke
sistem lain (TV, Stereo, dll.).
Kadar Bit: Jumlah data yang digunakan untuk memegang
jangka yang diberikan untuk sesuatu musik, diukur dalam
kilobit sesaat, atau kbps. Atau, kelajuan rakaman anda.
Umumnya, lebih tinggi kadar bit, atau lebih tinggi kelajuan
rakaman, lebih baik kualiti bunyinya. Walau bagaimanapun,
kadar bit yang lebih tinggi menggunakan lebih banyak
ruang pada sesebuah Cakera.
Bab: Bahagian-bahagian gambar atau musik pada DVD
yang lebih kecil daripada tajuk. Tajuk terdiri daripada
beberapa bahagian. Setiap bab diberikan nombor bab
membolehkan anda untuk mencari bab yang dikehendaki.
Bicu Komponen Video Out: Bicu di belakang
Sistem DVD yang menghantar video berkualiti tinggi
ke TV yang mempunyai bicu Komponen Video In (R/G/
B, Y/Pb/Pr, dll.).
Menu cakera: Paparan skrin disediakan untuk
membolehkan pemilihan imej, bunyi, sari kata, berbilang
sudut, dll. dirakam pada DVD.
DivX 3.11/4x/5x: Kod DivX ialah teknologi
mampatan video berasaskan MPEG-4 yang masih
menantikan paten, yang dimajukan oleh
DivXNetworks, Inc., yang boleh mengecilkan video
digital kepada saiz kecil cukup untuk dihantar melalui
internet, sambil mengekalkan kualiti visual yang tinggi.
Dolby Digital: Sistem bunyi sekeliling yang dimajukan
oleh Dolby Laboratories yang mengandungi sehingga
enam saluran audio digital (hadapan kiri dan kanan,
sekeliling kiri dan kanan, tengah dan subwoofer).
Dolby Surround Pro Logic II: Ia adalah teknologi
pentafsir kod matriks yang telah dipertingkatkan
yang memberi arah dan ruang yang lebih baik pada
bahan program Dolby Surround; memberi medan
bunyi tiga dimensi yang lebih meyakinkan pada
rakaman musik stereo boleh diubah; dan sangat
sesuai untuk membawa pengalaman sekeliling
kepada bunyi automotif. Sementara program
sekeliling konvensional sesuai sepenuhnya dengan
pentafsir kod Dolby Surround Pro Logic II, treklagu
boleh dikod khusus untuk menggunakan kelebihan
mainan semula Pro Logic II, termasuk saluran
sekeliling kiri dan kanan yang berasingan. (Bahan
sepertinya juga sesuai dengan pentafsir kod Pro
Logic konvensional).
DTS: Sistem Teater Digital. Ini merupakan sistem
bunyi sekeliling, tetapi berbeza daripada Dolby Digital.
Format ini telah dimajukan oleh syarikat yang berbeza.
JPEG: Format gambar tegak yang paling lazim. Sistem
mampatan data gambar tegak yang dicadangkan oleh
Joint Photographic Expert Group, yang memaparkan
pengurangan kecil pada kualiti imej walaupun dengan
nisbah mampatan yang tinggi.
MP3: Format fail dengan sistem mampatan data bunyi.
MP3: adalah singkatan untuk Motion Picture Experts
Group 1 (atau MPEG-1) Audio Layer 3. Dengan
menggunakan format MP3, satu CD-R atau CD-RW
boleh mengandungi lebih kurang 10 kali lebih banyak
data daripada CD biasa.
Berbilang saluran: DVD diformatkan supaya setiap
trek bunyi menjadi satu lapangan bunyi. Berbilang
saluran merujuk kepada struktur trek bunyi
mempunyai tiga atau lebih saluran.
Kawalan ibubapa: Menghadkan mainan Cakera
mengikut usia pengguna atau paras yang dihadkan bagi
setiap negara. Hadnya berbeza di antara cakera;
apabila ia diaktifkan, main semula akan dilarang jika
paras perisian adalah lebih tinggi daripada paras yang
ditetapkan oleh pengguna.
Kawalan mainan semula (PBC): Merujuk kepada
isyarat yang dirakam pada CD video atau SVCD bagi
mengawal mainan semula. Dengan menggunakan skrin
menu yang dirakam pada CD Video atau SVCD yang
menyokong PBC, anda boleh menikmati mainan
semula dan pencarian interaktif.
Pasang Palam dan Main: Buat pertama kali
memberi kuasa sehingga mod Penala, sistem akan
memberi isyarat kepada pengguna untuk meneruskan
dengan pemasangan stesyen radio secara automatik
dengan hanya menekan butang PLAY di unit utama.
Skan Progresif: Ia memaparkan semua garisan
mendatar sesebuah gambar pada satu masa, sebagai
bingkai isyarat. Sistem ini boleh menukar video yang
dijalin daripada DVD kepada format progresif untuk
sambungan ke paparan progresif. Ia meningkatkan
resolusi menegak secara dramatik.
Kod rantau: Sistem yang membolehkan cakera
dimainkan hanya di rantau yang ditentukan. Unit ini
akan hanya memainkan cakera yang emmpunyai kod
rantau yang sesuai dengannya. Anda boleh menemui
kod rantau unit anda dengan melihat label produk.
Sesetengah cakera adalah sesuai dengan lebih dari satu
rantau (atau SEMUA rantau).
S-Video: Menghasilkan gambar yang jelas dengan
menghantar isyarat berasingan bagi kilauan dan warna.
Anda boleh gunakan S-Video hanya jika TV anda
mempunyai bicu S-Video In.
Glosari
128-171-LX8320-69-BM 13/08/2004, 11:31 AM168