Jabra C820s Headphones User Manual


 
48
GB
MA
CN
JA
KO
TH
CN
RELEASE YOUR JABRA
49
GB
MA
CN
JA
KO
TH
CN
Jabra C820s stereo headphones
1. Terima kasih
Terima kasih kerana membeli fon kepala Jabra C820s. Kami berharap anda akan
menikmatinya!
Manual arahan ini akan membantu anda untuk bermula dan bersedia untuk
menggunakan fon kepala anda dengan sepenuhnya.
2. Mengenai fon kepala Jabra C820s anda
Aksesori
1. Fon Kepala Pembatalan Hingar Aktif 6. Kabel fon kepala pendek
2. Suis kuasa 7. Penyesuai untuk penggunaan
3. LED kuasa dalam pesawat udara
4. Bateri AAA 8. Penyesuai audio 6.5mm
5. Kabel fon kepala 9. Penyesuai 2.5mm untuk
telefon bimbit stereo
10. Beg pembawa
3. Apa yang boleh dilakukan oleh fon kepala anda
Fon kepala Jabra anda membenarkan anda melakukan kesemua ini:
Mendengar muzik dengan atau tanpa ciri pembatalan hingar
Menikmati persekitaran yang tenang dengan adanya ciri pembatalan hingar
Bagaimanakah Pembatalan Hingar Aktif berfungsi?
Fon kepala Pembatalan Hingar Aktif terdiri daripada tiga bahagian: mikrofon,
yang mengukur bunyi sekeliling, pembesar suara, dan di antara kedua-duanya,
peranti elektronik pembatalan hingar yang mengukur bunyi dan menjanakan
respons ‘antihingar’.
Antihingar ialah salinan songsang bunyi itu sendiri. Apabila antihingar
digabungkan dengan gangguan bunyi yang asal, ia menghasilkan tahap
hingar yang lebih rendah yang ditanggapi oleh telinga kita.
Spesifikasi
Respons frekuensi: 20 Hz hingga 22 kHz Berat: kurang daripada 200g
Impedans: 64 Ohm Kuasa: 1 x bateri AAA
Pembatalan Hingar: sehingga 22dB • Hayat bateri: sehingga 50 jam
Ukuran: 174mm x 163mm x 80mm
4. Bermula
Jabra C820s mudah untuk dikendalikan dengan hanya satu suis yang ada pada
alat dengar untuk mengawal Pembatalan Hingar Aktif.
5. Memasukkan bateri
Penutup bateri terletak di bahagian atas alat dengar sebelah kiri. (Lihat rajah 2).
1. Buka penutup bateri dengan menariknya ke atas
2. Masukkan bateri AAA (hujung positif menghadap ke luar)
3. Tutup penutup bateri
Nota: Bateri perlu ditukar apabila LED biru berkelip.
Awas, sentiasa gunakan bateri AAA yang tidak boleh dicas semula. Buang
bateri yang telah digunakan mengikut arahan.
3
2
1
4
7 8 9
10
5 6